Isu Fundamental: "Adakah Gerakan 'Wahabi' Itu Sesat Atau Sebaliknya ?"

Oleh: Maulana Asri Yusoff

Mari kita bincang isu-isu fundamental tentang adakah gerakan ‘wahabi’ itu sesat atau sebaliknya.

Dengan menyenaraikan puluhan kitab yang menentang wahabi, tidak menjadikan wahabi sesat kerana ianya hanyalah sekelumit dari jutaan kitab dalam khazanah Islam. Juga dengan mengemukakan pandangan puluhan ulama’ yang memusuhi wahabi, tidak menjadikannya sesat kerana di luar sana ada ratusan ribu ulama yang mengatakan wahabi tidak sesat! Malah, pihak orientalis mempunyai jauh lebih banyak kitab dan cendekiawan yang menuduh Islam sesat. Adakah kerana tuduhan beberapa orang 'ulama' yg tidak dapat dibuktikan kita terus menyesatkan mereka tanpa perlu diselidiki lebih lanjut. Apakah sebuah negara sebesar Saudi Arabia boleh tersesat tetapi dalam masa yg sama diamanahkan utk menjaga Mekah & Madinah?

Isu 1 - Sheikh Muhammad bin Abd Wahab dituduh sebagai seorang mujassimah. Dakwaan ini tidak dapat dibuktikan. Yang ada adalah tuduhan-tuduhan yang berselerak dalam kitab-kitab ulama yang menentang. Tiada sumber primer. Tiada dalam mana-mana kitab tulisan Sheikh Muhammad yang menunjukkan beliau mujassimah. Adilkah kita menuduh dengan tuduhan yang begitu berat hanya bersandarkan komentar dan kritikan mereka yang tidak bersetuju? Dan menjadikannya sebagai asas untuk mengeluarkan fatwa. Kecelaruan apakah ini?

Isu 2 - Ajaran Wahabi akan menyebabkan keganasan dalam masyarakat. Hakikat sebenar adalah sebaliknya. Arab Saudi, negara yg dituduh sebagai negara wahabi menjalankan hukum Islam (walaupun tidak sempurna). Kita dapati hampir tiada keganasan di sana. Negara kita yang tidak mengamalkan ajaran wahabi malah berlipatkali ganda insiden keganasan berbanding dengan negara yang mengamalkan wahabi ini! Hujah mereka yg menentang wahabi, kononnya pernah suatu masa dulu, golongan wahabi membunuh puluhan ribu penentang wahabi. Betulkah itu faktanya? Siapakah yg boleh tentukan ianya isu antara wahabi dan penentang wahabi? Tiada siapa! Kecuali tuduhan-tuduhan liar dari mereka yang dengki. Dan mereka berpandukan kepada andaian dan conclusion yg dibuat oleh hanya seorang, dua ulamak...jutaan umat di kemudian hari tunduk kepada penilaian yang dibuat oleh seorang dua ulamak yang tidak jelas credibility nya. Kita keliru dan celaru!

Isu 3 – Adakah benar wahabi suka mengkafirkan orang yang tidak sefahaman dengan mereka? Betulkah ini hakikatnya? Tiada bukti ditemui mereka yang berfahaman wahabi menuduh kafir mereka yang tidak berfahaman wahabi. Malah yang sebaliknya berlaku. Di Malaysia tercinta ini, ada satu pertubuhan yang menggelarkan diri mereka ASWAJA yang dipimpin oleh seorang 'ulama' yang tidak segan silu menuduh beberapa individu yang terhormat dalam masyarakat sebagai kafir! Dan ini dapat dibuktikan. Anehnya jari menuding kepada wababi! Apakah masyarakat kita sebenarnya? Adakah kita orang sakit dan  begitu celaru sehingga tidak dapat berfikir dengan waras? Atau memang ini perancangan musuh2 Islam seperti Syiah yang berada di belakang tabir?

Yang diutarakan di atas adalah isu-isu utama. Isu-isu lain adalah isu picisan yang kalau didebatkan tidak akan ada penghujung; amat memenatkan dan akan menghabiskan umur. Pesanan kami, terus dan terus belajar terutamanya al-Quran dan hadis dan beringatlah dengan hadith-hadith palsu yang berakar umbi dalam masyarakat kerana yang kita dapat hanya penat lelah (dan mungkin dosa) beramal dgn hadith-hadith palsu tersebut. [@maulanaasri telegram.me/maulana]

Komentar

Postingan Populer